Dec 15, 2009

Lampu Garam Gunung

Terdapat 84 jenis mineral di dalam Kristal Garam Gunung di mana kandungan zat galiannya sama seperti yang ditemui dalam tubuh badan kita. Ia juga menyamai kandungan mineral di dalam air Zamzam. Mineral dan Zat galian yang terdapat dalam Kristal Garam Gunung ini berbentuk ‘colloidal’ atau ionik sehingga memudahkan mineral dan elemen ini diserap oleh sel-sel tubuh manusia.


Bagi Lampu Terapi Garam Gunung mempunyai elemen biofizik yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup seperti penghasilan ion negatif untuk membersihkan udara secara mesra alam, ringkas dan berkesan.

Selain itu ia berfungsi meneutralkan dan mengimbangkan frekuensi elektromagnetik serta berfungsi sebagai terapi cahaya berwarna. Lampu Terapi ini digunakan adalah untuk mengembalikan ion negatif seperti di kawasan pergunungan dan air terjun yang sememangnya mempunyai tahap kesegaran udara yang tinggi. Ini kerana udara yang terion dapat mengurangkan bakteria di persekitarannya.

Lampu Terapi Garam Gunung boleh diletakkan di bilik bacaan, ruang tamu dan bilik tidur. Selain itu, ia juga boleh diletakkan di ruangan pejabat yang terdedah dengan peralatan komputer dan penghawa dingin serta di ruangan klinik-klinik dan hospital yang terdedah dengan pelbagai jenis jangkitan, kuman dan bakteria.

0 comments:

Post a Comment