Dec 31, 2010

Pengenalan

Kami di Himalayan Salt Shop amat berbesar hati sekiranya anda meluangkan sedikit masa di blog kami. 


Kami menjalankan perniagaan menjual barangan untuk kesihatan iaitu produk berasaskan garam. Produk utama kami adalah Lampu Garam Himalaya yang di-import dari Pakistan. Lampu ini merupakan bongkahan batu garam yang kaya dengan mineral semulajadi dan zat galian.



Kecantikan warna yang dihasilkan menjadikan atmosfera sekeliling tenang dan damai. Ia boleh digunakan di rumah, pejabat atau tempat meditasi.


Antara keunikan lampu garam ini ialah, sebaik sahaja lampu dinyalakan, ion negatif (ionizer semulajadi ) dilepaskan ke udara untuk meneutralkan udara sekeliling, mengurangkan stress, mengimbangkan tekanan darah, mengurangkan sakit selsema dan lain-lain.